Saturday, August 25, 2012

Ceramah oleh Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof


Salam,
Here I have included a talk by AlHabib Kadzim Jaafar As-Saggof two month ago, just to share and we can benefit together. It's in Malay, so I welcome anyone to translate it to English and share the 'ajr, insyAllah.



Ceramah oleh Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof diterjemahkan oleh Habib Ali Zaenal Abidin, di Surau Al Mustaqim, Keramat pada 9 Julai 2012.
ISTIQAMAH
-menjadikan masyarakat baik dari segi zahir dan batin.
-merupakan pemisah dari sifat-sifat yang lain yang penting di sisi agama.
-pemahaman hakikat yang dikurnia oleh Allah di dunia dan di akhirat.
-bagaikan hujan yang turun deras , iaitu diturunkan barakah dan diperbaiki semua urusan masyarakat.
-pada umur Rasul (s.a.w) menjangkau 53, terdapat beberapa helaian rambut putih pada kepala Rasul (s.a.w) dan janggutnya. Apabila Rasul (s.a.w)berhijrah ke Madinah, beliau ditemani sahbat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq. Setelah lama berjalan merentasi padang pasir dan akhirnya sampai di Madinah, penduduk bandar (yang tidak mengetahui bagaimana rupa Rasul (s.a.w) itu mendapatkan Abu Bakar yang disangkakan Rasul (s.a.w). Penduduk menyangkakan Abu Bakar adalah Rasul (s.a.w) kerana raut wajahnya yang tua, malah gerak geri dan cara berpakaiannya juga menyerupai Rasul (s.a.w). Abu Bakar merupakan sahabat karib Rasul dan diikutinya Abu Bakar segala cara hidup Rasul (s.a.w), maka kerana itulah disangka Abu Bakar itu Rasul (s.a.w). Kembali kepada kisah uban Rasul, adalah kerana perintah Allah dalam surah Hud dan saudara-saudaranya, iaitu surah-surah yang mirip dengan surah Hud; di mana diperintahkan Allah  dengan perintah yang berat –perintah beristiqamah.
-di bulan Ramadhan, Allah akan permudahkan istiqamah juga diberi sifat Taqwa, kesabaran serta diberi orang-orangyang beribadat kepada Allah dengan kejayaan dan dibebaskan dari Neraka Jahannam.
-selepas solat Subuh dan Maghrib, baca Allahumma ajirni minannaar, sebnyak 7 kali. Jika meninggal pada pagi atau malam tersebut, akan dijauhkan dari Neraka.

RAMADHAN
-kenali pemberian Allah dan Allah akan member kecintaan pada hamba-hambanya, iaitu orang-orang yang mematuhi perintah Allah, khususnya orang yang mengagungkan Allah.
-puasa di bulan ini kerana takut kepada hukuman atau mengharapkan ganjaran amat berbeza dengan orang yang berpuasa kerana mencintai dan bersyukur kepada Allah. Umpama pekerja-pekerja Raja, di mana yang takutkan Raja akan mengengkarinya jika tiada hukuman, malah orang yang bekerja kerana ganjaran pasti tidak akan taat jika diketahui tiada ganjarannya baginya. Tetapi pekerja yang bekerja semata kerana mengagungkan dan memuliakan Rajanya, pasti akan dimuliakan kembali serta dicintai Rajanya.
-hamba-hamba yang beribadat kepada Allah kerana syukur dan cintanya kepada Tuhannya akandicintai oleh para ‘anbiya dan akan dihampiri para malaikat.
-Hidayah datangnya dari Allah dan bukan dari ayah, ibu, guru atau dalil. Itu hanya cara sampainya hidayah. Maka harus bersukur terhadap Iman dan Islam yang dikurniakan Allah. Beribadatlah kepada Allah dengan rasa cinta dan syukur.
-sesiapa yang member iftar (makan berbuka puasa)  dengan makanan yang halal di bulan Ramadhan walau sebiji kurma, akan didatangi oleh malaikat Jibril untuk bersalam dengannya. Malaikat itu akan datang dalam rupa bentuk manusia dan pada masa yang ditetapkan Allah. Maka, akan lunak hati orang itu dan menangis kerana tersentuh hatinya.

Bagaimana menyambut Ramadhan?
1-dengan bergembira akan kedatangannya dan nikmatnya. Orang-orang soleh menunggu ketibaan Ramadhan sejak 6 bulan, ada yang 3 bulan dan ada yang sebulan. Kalau tidak ada kegembiraan, maka wujudkan kegembiraan itu secara pura-pura dan akan timbullah kegembiraan itu nanti.
2-dengan bergembira ketika bersahur dan ketika berbuka kerana diberi taufik oleh Allah untuk berpuasa pada hari tersebut. Sesudah makan ucapkan Alhamdulillah, tanda kesyukuran sebanyak mungkin.
3-dengan menanamkan sifat-sifat yang baik iaitu membaca Al-Qur’an, bertarawikh, bersahur walau sebiji kurma (atau dalam bilangan ganjil). Imam Abu Haniffa khatam Qur’an sekali pada pagi hari dan sekali pada malam hari. Membaca Qur’an pada malam hari khususnya selepas sahur akan disaksikan Allah. Qur’an dan puasa member syafaat kepada umat Islam. Riwayat Imam Ahmad dari Rasul (s.a.w) mengatakan malaikat akan mendoakan orang-orang yang bersahur. Jadi orang yang membaca Qur’an selapas sahur juga akan didoakan malaikat.

LAILATUL-QADR
-malam yang akan menyentuh hati dan perasaan.
-malam yang boleh dilihat oleh sesiapa juga.
-Aisyah (r.a) bertanya kepada Rasul (s.a.w) apakat yang perlu dibacanya jika terlihat Lailatul-Qadr, maka Rasul (s.a.w) menyuruhnya membaca Allahumma innaka ‘af’un tuhibbul ‘afwa fa’fuanna.

ORANG-ORANG YANG DIMULIAKAN
-malaikat mulia akan dihantar kepada orang-orang yang disulai Allah, iaitu orang-orang yang memakmurkan masjid.
-orang-ornag yang datang ke masjid umpama tiang-tiang masjid. Bilamana ornag-orang itu berjalan menghampiri hajat, maka didatangi malaikat, bilamana dia sakit akan diziarahi malaikat, bilamana mati dia akan diusung malaikat.
-Diketika Perang Tabuk,pada waktu Dzuhur seakan waktu gerhana, dunia dalam keadaan gelap. Maka sahabat bertanya kepada Rasul (s.a.w) adakan akan kiamat. Rasul (s.a.w) menjawab tidak bahkan Muawiyah bin Muawiyah telah meninggal dunia dan gelapnya dunia adlah kerana turunnya malaikat mengusung mayatnya. SubhanAllah! Ditanya para sahabat apakah amal yang dibuat oleh orang itu, maka dikatakan oleh Rasul (s.a.w) orang itu akan bacakan Surah Al-Ikhlas setiap kali berdiri dan duduknya.

TARAWIKH
-Khalifah Umar al-Khattab mengumpulkan seluruh umat Islam untuk bertarawikh 20rakaat setelah 13 tahun selepas Hijrah. Sebelum itu, umat Islam hanya solat berseorangan atau berdua sahaja tetapi dikumpulkan Umar untuk berterawikh bersama.
-Malah selepas Umar yang memerintah selama 10 tahun, Uthman yang memerintah selama 12 tahun dan Ali yang memerintah selama 6 tahun dan juga selepas itu di mana pemerintahan yang banyak kekacauan terjadi, solat terawikh masih 20 rakaat. Maka tidak boleh mengatakan solat terawikh 20 rakaat itu bida’ah.
-Rasul (s.a.w)solat 20 rakaat terawikh hanya malam 1 dan ke-2 Ramadhan dan setelah itu 8 rakaat kerana tidak mahu 20 rakaat itu dijadikan wajib untuk umatnya.

No comments:

Post a Comment